Dua saudara didakwa bunuh rakan sekampung - Utusan Malaysia

Dua saudara didakwa bunuh rakan sekampung

S.Vickna Raja dan R.Kalaichelvam dibawa ke di Mahkamah Majistret Port Dickson semalam untuk berdepan pertuduhan membunuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Dua lelaki bersaudara didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekampung mereka di Pekan Kampung Air Kuning Linggi di sini, dua minggu lalu.

S.Vickna Raja, 32, seorang  peniaga ikan dan R.Kalaichelvam, 45, penternak lembu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, V.Vanita.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama didapati membunuh seorang mekanik, A. Kannan, 44, di sebuah pasar mini di Jalan Linggi Kampung Air Kuning, Rantau di sini antara pukul 6.30 petang, 12 Oktober lalu hingga 8 pagi, 13 Oktober lalu.

Atas perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Port Dickson pada pukul 11.15 pagi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Nur Athirah Zainudin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Paul Krishna Raja.

Kes akan disebut semula pada 8 Disember depan.

Sementara itu dalam prosiding di Mahkamah Sesyen Seremban, kedua-dua tertuduh didakwa di hadapan Hakim, Madihah Harullah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas seorang lelaki V.Arumugam, 70, yang juga ayah si mati dengan menggunakan senjata yang boleh menyebabkan kematian iaitu parang.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di lokasi, masa dan tempat yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama dan boleh  dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Atiqah Abu Hassan dan kes akan disebut semula pada 25 November depan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya