Dua nakhoda, lapan kru pindah diesel ditahan - Utusan Malaysia

Dua nakhoda, lapan kru pindah diesel ditahan

KAPAL kargo dan bot persiaran yang ditahan oleh APMM kerana didapati melakukan pemindahan minyak secara haram di Langkawi, Kedah,  semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Dua nakhoda dan lapan kru ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika memindahkan diesel secara haram di antara sebuah bot persiaran ke kapal kargo berhampiran Terminal Feri Penumpang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima aduan daripada orang awam serta bot ronda Perkasa 1225  digerakkan ke lokasi.

“Bot persiaran tersebut disyaki sedang melakukan cubaan untuk memindahkan minyak ke dalam sebuah kapal kargo.

“Pemeriksaan dan geledah mendapati, nakhoda kapal itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran melakukan aktiviti pemindahan minyak atau ‘ship to ship’ (STS),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, seorang nakhoda bersama empat kru warga tempatan dan seorang kru warga Thailand yang berada di atas bot persiaran berusia  lingkungan 28 hingga 45 tahun ditahan dalam operasi itu.

Katanya, seorang lagi nakhoda dan tiga kru warga tempatan berusia 25 hingga 32 tahun  yang berada di kapal kargo terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kedua kapal kargo dan bot persiaran serta anak kapal dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut untuk siasatan lanjut.

“Sebanyak 15,000 liter diesel turut dirampas dalam operasi itu,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(I) dan Seksyen 491B(1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya