Dron bantu PGA gagalkan aktiviti seludup PATI - Utusan Malaysia

Dron bantu PGA gagalkan aktiviti seludup PATI

KERETA dipandu lelaki tempatan yang cuba menyeludup empat warga Thailand ditahan pihak berkuasa di pengkalan haram Guchil, Jeram Perdah, Rantau Panjang Khamis lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Cubaan lelaki tempatan menyeludup masuk empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand gagal apabila berjaya dipatahkan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman di sini.

Maklumat itu membolehkan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu menahan kesemua individu tersebut yang menaiki kereta dalam serbuan di pangkalan haram Guchil, Jeram Perdah, di sini pada pukul 11.30 malam kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, sejurus menerima maklumat Unit Dron PGU Bukit Aman, anggota bertugas bergegas ke lokasi dan menahan kereta Honda Civic dinaiki suspek.

“Siasatan lanjut mendapati lelaki warga tempatan dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’ telah membawa masuk empat PATI warga Thailand terbabit.

“Hasil pemeriksaan, kita dapati tiga daripada empat PATI pasportnya telah tamat tempoh manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Nor Azizan memberitahu, kesemua PATI termasuk kenderaan yang dirampas dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk siasatan lanjut sebelum empat PATI terbabit diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Katanya siasatan dibuat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta  Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.

“PGA akan terus memperketat kawalan sempadan dengan memantau kawasan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula dari Rantau Panjang sehingga ke Pengkalan Kubor, Tumpat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya