Bukan pertikai kuasa TYT - Adly Zahari - Utusan Malaysia

Bukan pertikai kuasa TYT – Adly Zahari

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) negeri menjelaskan, langkah membawa isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke mahkamah bukanlah bertujuan untuk mempertikai kuasa Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

 

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, tindakan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkaitan dapat membuat semakan mengenai proses dan fakta selaras dengan peruntukan Perkara 19 (2) Perlembagaan Negeri.

 

Katanya, ia termasuk mengambil kira representasi semua ahli dewan undangan negeri (ADUN) dalam menentukan keputusan pembubaran.

 

“Seperti kita semua sedia maklum, dalam keadaan sekarang, keputusan melaksanakan pilihan raya negeri (PRN) akan memberi risiko terhadap kesihatan rakyat.

 

“Manakala pengisytiharan darurat akan menyebabkan kuasa terhad kepada negeri disamping memberi kesan negatif terhadap ekonomi dan pelaburan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

 

Selasa lalu, Adly mengeluarkan kenyataan mempersoalkan kewajaran pelantikan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai Ketua Menteri sementara dan akan merujuk kepada mahkamah bagi memastikan keabsahan pengumuman keputusan itu.

 

Adly berkata, tugas pentadbiran kerajaan negeri sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, sehingga Ketua Menteri baharu dilantik.

 

“Perkara itu juga selari dengan apa yang berlaku pada 2 Mac 2020.

 

“PH Melaka akan merujuk kepada mahkamah bagi memastikan keabsahan caretaker government seperti mana yang diumumkan oleh Yang Dipertua DUN, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh,” ujarnya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN