Kita bukan pelakon kaya - Fazlina Ahmad Daud - Utusan Malaysia

Kita bukan pelakon kaya – Fazlina Ahmad Daud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Fazlina Ahmad Daud, 51, meluahkan rasa terkilan apabila bayaran akhir khidmat lakonannya untuk sebuah drama belum dilunaskan produksi meskipun selepas satu bulan drama tersebut disiapkan.

Menerusi kenyataan dalam platform Thread, adik kepada primadona Fauziah Ahmad Daud mempersoalkan bayaran tersebut memandang tugasan telah lama diselesaikan pelakon itu.

“Kenapa bayaran akhir kena minta pula? Kerja sudah habis hampir sebulan kan? Drama pun nak tayang kan? Kenapa la, kita ini bukan pelakon kaya,” katanya.

Fazlina bagaimanapun tidak menyebut nama produksi tersebut.

Di ruangan komen, Fazlina turut mempersoalkan kewajaran syarikat produksi itu berbuat demikian kepada pelakon sedangkan tawaran lakonan yang ada tidak menentu.

“Kami ini, kalau tawaran kerja tiap-tiap bulan ada tak apa juga kan?” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fazlina memaklumkan hal tersebut membuatkan semua produksi terpalit meskipun yang bermasalah hanya satu atau dua syarikat.

Pada masa yang sama, pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Drama Terbaik Anugerah Skrin 2016 itu turut mempersoalkan nasib kru produksi yang turut terkesan dengan pembayaran gaji. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN