PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkan semua penjawat awam melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sebelum 1 November ini atau mereka berdepan dikenakan tindakan tatatertib. Ketika ini, kelompok penjawat awam di seluruh negara yang belum mendaftar untuk divaksin adalah seramai 16,902 orang. Selaras arahan tersebut, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa penjawat awam berkenaan patuh arahan JPA atau dicadang `berundur’ awal daripada perkhidmatan.…










