PETALING JAYA: Vokalis kumpulan terkenal 90-an, Ali XPDC terpaksa tidur dalam keadaan duduk setiap malam akibat masalah jantung. Menurut Ali, 52, dia terpaksa tidur sebegitu bagi mengelak kesukaran untuk bernafas sekiranya berbaring seperti biasa. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penyanyi lagu malar segar Titian Perjalanan itu menzahirkan harapan agar kesakitannya itu sembuh. “Apabila tidur secara duduk, saya berasa selesa sedikit untuk melelapkan mata. Mudah-mudahan Allah beri kesihatan yang baik dan kembali…










