36 kawasan di Melaka banjir, lima PPS dibuka - Utusan Malaysia

36 kawasan di Melaka banjir, lima PPS dibuka

KEADAAN banjir yang hampir menenggelamkan rumah di Sungai Putat, Melaka, baru-baru ini. . - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 36 buah kawasan di seluruh Melaka terjejas banjir susulan hujan lebat berterusan lebih empat jam sejak pukul 2 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, di daerah Melaka Tengah sebanyak 20 kawasan terjejas, diikuti Alor Gajah (sembilan) dan Jasin (tujuh).

Katanya, lima pusat pemindahan sementara (PPS) t dibuka, iaitu yang pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir di Melaka Tengah pada pukul 5.30 petang tadi.

“Setakat ini hanya sebuah PPS dibuka di Alor Gajah iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal pada pukul 6.30 petang.

“Tiga lagi di Jasin iaitu di SMK Seri Bemban, SMK Dang Anum dan SMK Tehel,” katanya dalam kenyataan akhbar dikeluarkan setakat pukul 8.30 malam tadi.

Tambahnya, 20 kawasan yang terjejas di Melaka Tengah termasuk Sungai Putat, Bukit Beruang, Malim Permai, Desa Duyong, Ayer Keroh, Taman Rambai Jaya, Kampung Sungai Badau, Bakar Batu, Taman Merdeka dan Balai Banjang.

Dalam pada itu, 10 lagi kawasan adalah Kampung Kolam, Malim Jaya, Limbongan, Kampung Bukit Duyong, Kampung Perigi Hang Tuah, Kampung Mortem, Pengkalan Rama Pantai, Tengkera, Kampung Lapan dan Kampung Enam.

“Di Alor Gajah kawasan terjejas adalah Kampung Dalong, Kampung Ganun, Parit Melana, Kampung Padang Keladi, Durian Dahan, Bukit Balai, Bukit Tambun, Kampung Gangsa dan Ramuan Cina Besar.

“Sementara itu di Jasin, Pekan Merlimau, Jasin Bestari, Kampung Kilang Berapi Merlimau, Asam Kumbang, Lubuk Kasau, Tehel dan Paya Mengkuang Merlimau,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya