Terengganu: Peralihan ke Fasa 3 ditangguh akhir September - Utusan Malaysia

Terengganu: Peralihan ke Fasa 3 ditangguh akhir September

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Peralihan Terengganu ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mungkin ditangguhkan kepada selewat-lewatnya akhir bulan ini berbanding jadual asal pada awal bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kelewatan itu disebabkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 yang masih lagi tinggi iaitu kira-kira 60 peratus.

Katanya, berdasarkan syarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), kebenaran peralihan fasa memerlukan maksimum 50 peratus kadar penggunaan katil ICU.

“Dari segi kadar pengambilan vaksin, sebenarnya kita sudah melepasi Fasa 3 cuma kekurangan ketika ini adalah bilangan katil ICU yang membataskan hasrat untuk beralih.

“Tetapi kita menjangkakan selewat-lewatnya sebelum akhir bulan September kita boleh keluar ke Fasa 3,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Misi Kebajikan Bersamamu di Dewan Sivik Buluh Gading, di sini hari ini.

Buat masa ini, Perlis, Sarawak dan terbaharu Negeri Sembilan sudah beralih ke Fasa 3 manakala Labuan pula sudah berada pada Fasa 4 PPN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN