KUALA LUMPUR: Apakah status pengungkaian Ordinan-Ordinan Darurat yang dilaporkan akan dikemukakan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas yang berlangsung sehingga 12 Oktober ini? Ketika perbahasan dan pembentangan status pembatalan ordinan yang sepatutnya dilaksanakan pada 23 Julai lalu namun tidak diteruskan, ini menimbulkan persoalan sama ada ordinan tersebut masih terpakai, tergantung atau terbatal secara automatik selaras dalam Perlembagaan Persekutuan. Semakan Utusan Malaysia menerusi takwim Parlimen bagi penggal kali ini…










