SPRM tahan pensyarah kanan - Utusan Malaysia

SPRM tahan pensyarah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pen­ce­gahan Rasuah Malaysia (SP­RM) me­nahan seorang pen­sya­rah kanan sebuah univer­siti awam kerana disyaki me­nyalahguna kuasa dalam pem­berian kontrak bernilai kira-kira RM46,000 kepada kakak kan­dung dan abang iparnya.

Menurut sumber, wanita bergelar doktor berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi semalam di Pejabat SPRM Putrajaya.

Difahamkan, kontrak tersebut ialah projek pembekalan barang pejabat dan pembelian serta penyelengaraan mesin jahit di sebuah jabatan di universiti ber­kenaan pada tahun 2015 sehingga 2017.

“Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai diambil keterangan petang semalam,” katanya semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd. Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×