fbpx

25 September 2021, 8:51 am

  TERKINI

[VIDEO] Selongkar sampah cari emas RM70,000 `dibuang’ 

TANGKAP layar daripada video yang menunjukkan seorang wanita menemui semula sejumlah barangan kemas miliknya selepas menyelongkar sampah di depoh E-Idaman di Sik hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Seorang wanita dan beberapa pekerja syarikat konsesi pembersihan, Environment Idaman (E-Idaman) menyelongkar sampah yang dikutip selepas sejumlah barangan kemas  `terbuang’ bersama barang buangan tersebut  di depoh syarikat itu di sini hari ini.

Ahli keluarga wanita itu dipercayai membuang bekas yang menyimpan barangan kemas bernilai kira-kira RM70,000 itu bersama sampah-sampah lain di rumahnya di sini semalam.

Satu sumber berkata, proses mencari barangan kemas itu bermula pada pukul 8 pagi dan ditemui semula kira-kira 30 minit kemudian.

Kata sumber, kesemua barangan kemas tersebut masih tersimpan dalam bekas yang ditemui itu. 

“Sebelum ke depoh itu, wanita berkenaan dikatakan pergi ke tapak pelupusan sampah di Kulim untuk mencari barangan kemas miliknya. Namun apabila mendapat tahu sampah-sampah itu belum sampai di Kulim, mereka pergi ke depoh di Sik.

“Mujur kawasan rumah keluarga itu menjadi lokasi terakhir kutipan sampah dilakukan semalam. Disebabkan itu tidak banyak sampah yang perlu dikeluarkan dan proses pencarian hanya mengambil masa kira-kira 30 minit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Video ihsan media sosial

 

Kejadian itu ketika ini tular di media sosial dengan netizen menganggap keluarga berkenaan bernasib baik  apabila menemukan semula barangan kemas milik mereka.

Menerusi video berdurasi 2 minit 50 saat, kelihatan seorang wanita  lega dapat menemukan semula barang kemas itu dan beberapa kali mengucapkan terima kasih kepada petugas E-Idaman yang membantunya.

Sumber itu memaklumkan, wanita itu difahamkan menyedari ahli keluarganya tersilap membuang bekas simpanan barangan kemas itu semalam.

“Mereka sebelum itu cuba mencari di dalam tong sampah tempat barangan berharga itu dibuang namun telah dikutip oleh pekerja E-Idaman,” katanya.

Tambah sumber itu, pekerja terbabit kemudian memunggah semula sampah-sampah yang diselongkar itu untuk dihantar ke pusat pelupusan sampah di Kulim.- UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI