PETALING JAYA: “Saya mahu memulangkan keseluruhan RM27,000 itu kepada tabung Covid-19.” Itu kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang berjanji memulangkan semua gaji yang diterima sewaktu bertugas sebagai Penasihat Khas kepada bekas Perdana Menteri, buat tabung Covid-19. Tidak berkecil hati dan marah dengan pihak yang mempersoalkan pendapatannya itu, beliau malah bersetuju perkara itu dibangkitkan di Parlimen baru-baru ini demi memastikan ketelusan dalam pembayaran gaji anggota kerajaan.…










