LONDON: Cristiano Ronaldo memberitahu pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dia bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United di Old Trafford hari ini.
Pertahanan The Magpies akan menjadi pasukan pertama berhadapan Ronaldo sejak dia kembali ke England, 12 tahun selepas meninggalkan United untuk menyertai Real Madrid.
United merupakan kelab yang mengubahnya daripada pemain sedang meningkat kepada seorang superstar dan dia kini bersedia untuk menguatkan pasukan kesayangannya.
Pemain berusia 36 tahun itu sudah mengadakan lawatan ke padang dengan memakai jersi No.7 dan berjalan dalam terowong stadium untuk menyertai sesi wawancara.

“Saya sudah kembali ke sini dan bersedia untuk beraksi.
“Saya mampu melakukannya bersama rakan sepasukan dan saya bersedia. Ini peluang terbaik untuk saya dan penyokong dan untuk kelab untuk ke hadapan.
“Saya akan kembali menjadi fenomena di sini dalam tempoh beberapa jam lagi,” katanya.
???? ???????? ??@WesBrown24 was on hand to welcome @Cristiano back to Old Trafford — watch our special interview in full now ⤵️#MUFC | #RonaldoReturns
— Manchester United (@ManUtd) September 9, 2021
Biarpun baru seminggu tiba di Manchester, Ronaldo berkata, sebagai pemain yang berpengalaman dan matang dia bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa.
“Sudah tentu saya agak berdebar menantikan perlawanan Sabtu ini tetapi saya lebih matang sekarang, lebih berpengalaman.
“Saya sudah bersedia dan akan memberi tekanan kepada Ole untuk membuat pilihan dalam kesebelasan utama. Saya bersedia untuk diturunkan,” katanya. – AGENSI











