RM100j galak inovasi belia - Utusan Malaysia

RM100j galak inovasi belia

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan dana RM100 juta bagi menjayakan projek-projek di bawah Cabaran Terbesar Malaysia (MGC) pada tahun hadapan.

Pada tahun ini, sebanyak RM80 juta disediakan di bawah program itu yang bermatlamat menggalakkan inovasi dalam kalangan anak muda tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, dana tersebut akan ditawarkan kepada belia berusia 18 tahun ke atas dan syarikat pemula yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Katanya, pemohon di bawah 18 tahun boleh dipertimbangkan jika mendapat sokongan dan memenuhi syarat ditetapkan.

Dr. Adham mengadakan sesi pertemuan maya bersama bakat-bakat muda di Malaysian Space Agency (MYSA) yang diadakan secara dalam talian.

“MOSTI akan memastikan pelajar sekolah yang minat me­lakukan inovasi dibantu oleh saintis-saintis terkemuka di Malaysia dengan menjadikan pelajar itu sebagai anak didik mereka.

“MOSTI melalui agensi seperti Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Akademi Sains Malaysia (ASM) serta Young Scientist Network (YSN) menawarkan beberapa bentuk pembiayaan kepada pelajar untuk mengetengahkan idea inovasi seterusnya dikomersialkan,” katanya di sini semalam.

Sebelum itu, beliau mengadakan sesi pertemuan maya bersama bakat-bakat muda di Malaysian Space Agency (MYSA) yang diadakan secara dalam talian.

Dalam pertemuan itu, MOSTI menderma RM3,000 kepada Maryam Muzamir, 11, yang berjaya merangkul tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada Ke-6 (iCAN) 2021 di Toronto, Kanada.

Dua pelajar tahun akhir Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd. Fahad Saleem dan Nur Liyana Zamuri yang dinobatkan pemenang 3M Inspire Challenge menewaskan 121 peserta dari negara-negara Asia Tenggara lain menerusi Inovasi Smart Bandage turut menerima sumbangan.

Dr. Adham berkata, di bawah inisiatif Tahun Pengko­mersialan Malaysia (MCY), pihaknya akan membantu inovasi anak muda untuk dikomersialkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya