KUALA SELANGOR: Pemindahan tapak semaian benih kerang sebelum ini yang terletak dalam lingkungan satu batu nautika dari pantai di sini menyebabkan bekalan makanan laut itu terjejas mendadak dalam tempoh lebih 10 tahun. Tapak semaian kerang diminta dipindahkan ke bahagian tengah laut berikutan terdapat rungutan dan usul nelayan pukat hanyut yang mendakwa peralatan mereka bagi menangkap ikan seperti jaring dan sebagainya rosak akibat tersangkut pada kayu penanda. Bagaimanapun, benih kerang yang…










