Pengamal perubatan swasta digalak buka CAC GP - Utusan Malaysia

Pengamal perubatan swasta digalak buka CAC GP

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menggalakkan pengamal perubatan swasta membuka pusat penilaian Covid-19 (CAC GP) supaya pemantauan terhadap kuarantin di rumah dapat dilakukan dengan lebih efektif.

Beliau berkata, setakat ini lebih 1,000 CAC GP telah diwartakan dan pihaknya bercadang memberikan insentif kepada klinik swasta yang membantu kerajaan dalam pemantauan tersebut.

“Kita akan meneliti setiap permohonan bagi memastikan ia adalah sesuai mengikut garis panduan ditetapkan.

“Namun, kita akan menggalakkan lebih ramai lagi pengamal perubatan swasta untuk bantu menubuhkan CAC swasta agar pemantauan kuarantin di rumah dapat dilaksanakan bukan hanya oleh kementerian tetapi juga pengamal perubatan swasta,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan cadangan Steven Choong (Bebas-Tebrau) agar CAC swasta dibangunkan di tempat bersesuaian dan di kawasan terbuka dan bukan di lot-lot kedai perkhidmatan CAC GP adalah terhad di ruang klinik sahaja.

“Ini kerana, mereka perlu mematuhi Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Swasta 1998. Sehubungan itu, CAC GP tidak dibenarkan beroperasi di lot terbuka atau luar premis klinik manakala CAC swasta yang dibuka selain daripada fasiliti kesihatan berdaftar, penubuhan perlu mendapat kelulusan kementerian,” katanya.

Selain itu, Khairy berkata, setiap daerah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah CAC bergantung kepada kapasiti pesakit daerah dan sehingga kini terdapat 209 CAC telah diwujudkan, dengan jumlah akan berubah mengikut keadaan semasa termasuk penambahan jumlah yang akan dibuka jika bilangan pesakit meningkat di sesebuah lokasi.

Katanya, kementerian juga telah membekalkan 19,000 alat pulse oxymeter untuk diagihkan secara pinjaman kepada pesakit Covid-19 dari kumpulan B40 melalui semua jabatan kesihatan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya