Mapim gesa badan siasatan khas siasat kes anggota SPRM - Utusan Malaysia

Mapim gesa badan siasatan khas siasat kes anggota SPRM

MOHD. AZMI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa badan siasatan khas di luar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil kes melibatkan anggota suruhanjaya itu bagi memastikan tiada yang terselindung daripada pendakwaan jika didapati bersalah.

Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, tidak ada boleh dikompromi jika yang diberi amanah membanteras rasuah dalam sebuah agensi khas pencegahan rasuah  tiba-tiba dianggotai oleh mereka yang mengkhianati amanah ditugaskan keatas mereka.

“Berita mengenai beberapa pegawai kanan SPRM dikatakan melesapkan barang kes wang tunai USD6 juta dalam simpanan SPRM bukan sahaja mengejutkan malah mencemar imej SPRM.

“Jika terbukti berlaku, ini bukan setakat harap pega , pegar makan padi tetapi sudah sampai ke peringkat pagar yang ada sudah reput dan mudah dibolos dari luar dan dalam kawasan padi itu sendiri,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd.Azmi berkata, dengan wujudnya kepincangan dalam SPRM sendiri, tidak ada lagi yang boleh diharapkan untuk membersihkan Malaysia dari penyakit rasuah yang boleh menjahanamkan negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN