Laporan Audit temukan kelemahan sistem SPR - Utusan Malaysia

Laporan Audit temukan kelemahan sistem SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2 menemukan beberapa kelemahan pengurusan sistem sedia ada melibatkan kawalan akses, penyediaan sandaran dan kesinambungan perkhidmatan yang perlu diambil kira dalam pembangunan sistem baharu melibatkan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut laporan tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian mengenai kelemahan kawalan di peringkat SPR adalah seperti wujudnya 41 banduan dan lima pesakit mental telah didaftarkan secara pendaftaran baharu atau pertama kali semasa berada dalam tempoh tahanan dan rawatan sehingga 5,968 hari daripada tarikh pohon hingga sebelum keluar yang melibatkan lima pendaftar atau lokasi pendaftaran.

“Sebanyak 931 atau 0.4 peratus daripada 211,215 jumlah rekod tentera atau polis yang mendaftar tidak mempunyai bukti semakan telah dilaksanakan oleh pegawai SPR melalui nombor kad pengenalan awam tentera atau polis tersebut.

“Proses penetapan lokaliti bagi 24,467 (0.4 peratus) daripada 6,310,578 pemilih telah mengambil masa melebihi tiga bulan iaitu antara tiga hingga 96 bulan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 18,833 pemilih lewat dimasukkan ke Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT).

“Semak silang antara data Daftar Pemilih Induk (DPI) bagi suku tahun ketiga 2019 (DPI ST3/2019) dan rekod pemegang kad pengenalan dalam sistem JPN pada 10 Disember 2020 mendapati sejumlah 5,753 warganegara yang telah didaftarkan meninggal dunia dalam rekod JPN masih wujud dan belum dibuat penandaan pemotongan di dalam DPI. 

“Susulan Audit terhadap DPI ST4/2020 mendapati penemuan di atas telah diambil tindakan pemotongan atau ditanda potong selepas teguran Audit dibuat,” jelas laporan tersebut. -UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN