Pas seru pengundi jangan undi PH

Pas seru pengundi jangan undi PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas memutuskan semua pengundi tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH) termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan parti itu dengan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas Pas telah berlangsung sebentar tadi.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti juga memutuskan untuk mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di Johor.

Selain itu katanya, Pas memutuskan menggerakkan seluruh jentera PAS di 11 kerusi yang ditandingi.

“Menyantuni seramai mungkin pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan ‘Jom Jaga Johor’.

“Menyeru pengundi tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan, termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas telah menggerakkan persiapan awal bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN