PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengkaji mekanisme bersesuaian bagi meningkatkan peratusan penyelidik tempatan dalam sektor industri negara. Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ini termasuk usaha bagi mengatasi jurang antara penyelidik dalam sektor industri dan universiti. Beliau berkata, ketika ini, hanya 15.83 peratus penyelidik berada di dalam sektor industri manakala 79.2 peratus lagi berada di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan. “Jika diamati, negara-negara yang berpaksikan inovasi…










