KUALA LUMPUR: Kerajaan akan berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai cadangan pemberian moratorium
pinjaman tanpa faedah terakru kepada pelanggan institusi kewangan itu.
Memahami tekanan dihadapi rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ber kata, usaha itu bagi memudahkan pem ba yaran hutang isi rumah.
“Cadangan itu akan dibincangkan dengan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz).
“Insya-Allah, kita akan membantu sebaik-baiknya,” katanya pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN Pontian) sama ada kerajaan
bercadang memberi moratorium tanpa faedah terakru kepada rakyat bagi membantu pembayaran hutang isi rumah
seperti rumah dan kenderaan, berikutan peningkatan hutang isi rumah yang pantas iaitu sebanyak 5.5 peratus ketika pandemik Covid-19.
Pada Ogos lalu, Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, pengecualian sepenuhnya caj kadar faedah terakru ke atas moratorium bayaran balik pinjaman akan memberi implikasi buruk jangka panjang kepada bank jika dilaksanakan, memandangkan 80 peratus pendapatan bank disumbangkan pendapatan faedah.
Bagaimanapun, Tengku Datuk Seri Zafrul dalam kenyataan semalam mengarahkan institusi perbankan mengusahakan pengecuali an bayaran faedah bagi penerima moratorium dengan segera.
Katanya, ia melibatkan pene rima moratorium daripada kumpulan 50 peratus terbawah daripada keseluruhan rakyat
untuk sepanjang tempoh tiga bulan pada suku keempat 2021.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman enam
bulan kepada semua peminjam tanpa syarat di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Kemudahan itu juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan bank. – UTUSAN










