Kedutaan Ukraine tutup sementara Fb selepas teruk diserang netizen - Utusan Malaysia

Kedutaan Ukraine tutup sementara Fb selepas teruk diserang netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Serangan oleh netizen yang tidak puashati ekoran insiden protes oleh atlet Ukraine menyebabkan pejabat kedutaan negara itu di sini menutup sementara laman Facebook rasminya.

Susulan itu,  Duta Besar Ukraine di Malaysia Olexander Nechytaylo berkata, terdapat beberapa persoalan tentang keputusan jawatankuasa penganjur yang menyebabkan tercetusnya kontroversi tersebut.

Beliau turut berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera dan telus.

Dalam masa yang sama, beliau mengucapkan tahniah kepada atlet paralimpik negara, Ziyad Zolkefli di atas prestasinya yang luar biasa serta memecahkan rekod dunia dalam F20. 

“Ziyad akan kekal sebagai Juara sejati di hati setiap orang, bahkan bukan hanya pada rakyat Malaysia,” katanya dalam ciapan rasmi menerusi laman rasmi Facebooknya malam tadi..

Kenyataan rasmi Olexander dalam Facebooknya malam tadi.

Terdahulu, pingat emas Ziyad Zolkefli dalam acara acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) Sukan Paralimpik 2020, kira-kira pukul 7.30 malam tadi tiba-tiba ‘diragut’.

Ia susulan terdapat protes daripada atlet Ukraine dengan mendakwa tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts dari Australia dan Jordi Patricio (Ecuador), lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Protes tersebut menyebabkan tiga atlet terbabit dalam status did not start (DNS), sekali gus menyebabkan pingat emas yang dimenangi Ziyad, termasuk rekod dunia baharu, 17.94m dibatalkan.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu berkata, bantahan semula ke atas Ukraine akan di bawa ke mesyuarat Chef de Mission (CDM), pagi ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.