perlu menerima keputusan kerajaan yang menetapkan harga runcit maksimum kit ujian pantas (RTK) antigen kepada RM19.90 bermula kelmarin demi kepentingan semua pihak.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd. Yusoff Abdul Rahman berkata, harga ditetapkan kerajaan adalah munasabah selepas mengambil kira keseimbangan dan kepentingan antara pembekal, penjual dan rakyat ketika musim pandemik.
Menurut beliau, peniaga mungkin membuat kesilapan dalam strategi perniagaan dengan memborong telalu banyak RTK antigen sebelum ini dengan jangkaan ia laris sepanjang pandemik Covid-19.
Berita berkaitan:
“Tetapi pada pandangan saya, itu adalah antara risiko dalam perniagaan,” katanya.
Beliau mengulas rungutan peniaga terhadap langkah kerajaan menetapkan harga runcit maksimum RTK antigen kepada RM19.90 bermula kelmarin.
Mohd. Yusoff mencadangkan peniaga berbincang semula dengan pembekal sama ada memulangkan atau runding semula harga barang tersebut agar dapat mengurangkan kos kerugian.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berkata, kerajaan perlu mewujudkan subsidi khas bagi setiap (RTK) antigen berikutan peniaga terbeban selain mengalami kerugian dengan penetapan harga siling tersebut.
Katanya, penetapan tersebut adalah harga mampu dibeli rakyat tetapi di sebalik itu ia membebankan peniaga yang bukan tidak untung tetapi rugi.
“Harga diterima lebih tinggi RM22 hingga RM35 setiap satu, berbanding dijual RM19.90 seperti ditetapkan,” katanya.- UTUSAN











