PETALING JAYA: Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri bukan sahaja dapat menghapus amalan autokratik malah dapat melahirkan pemimpin baharu khususnya dalam kalangan generasi muda. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Geostrategis, Dr. Azmi Hassan berkata, jika langkah itu diterima semua pihak, negara akan mendapat idea dan nafas baharu apabila kepimpinan bersilih ganti dengan tidak terhad kepada sistem yang lama. “Perkara ini secara tidak langsung memberi ruang kepada parti politik untuk menyediakan pemimpin…










