Pesawah bukan sengaja lewatkan tanaman padi

Pesawah bukan sengaja lewatkan tanaman padi

AKTIVITI penanaman padi dianggap masih perlahan disebabkan pesawah berdepan kekangan kos operasi dan bekalan air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dakwaan pesawah sengaja melengahkan pro­ses tanaman padi bagi musim 1/2026 adalah tidak benar ke­rana kelewatan memulakan musim penanaman itu disebabkan faktor luaran.

Pengerusi Badan Bertindak Petani di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Che Ani Mat Zain berkata, mereka tidak pernah berniat meninggalkan aktiviti sawah kerana ia sudah menjadi darah daging sejak dahulu.

Beliau justeru berharap semua pihak berhenti daripada terus memainkan naratif kononnya pesawah enggan menanam padi sehingga berlaku kelewatan terhadap aktiviti penanaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang pesawah perlukan adalah jaminan bekalan air mencukupi, sokongan bagi mengawal kos operasi seperti cadangan pemberian kad fleet di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) serta dasar yang mampu membantu me­ningkatkan pendapatan.

“Malah pesawah akan terus komited menghasilkan bekalan ruji bagi memastikan tahap kadar sara diri (SSL) negara terjamin namun amat memerlukan sebuah ekosistem yang menyokong kelangsungan industri ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada 11 Jun lalu, akhbar ini melaporkan aktiviti penanaman padi bagi musim 1/2026 di kawasan jelapang padi di negeri ini dan Perlis masih berada pada tahap 28.8 peratus berdasarkan rekod sehingga hari berkenaan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×