MARAN: Siapa sangka di sebalik usia 81 tahun, bekas guru, Husain Jaafar menjadikan lukisan satira sebagai medium menyalurkan kritikan sosial berbentuk pengajaran kepada masyarakat. Husain bekas guru sebelum negara merdeka, peka dengan perkembangan dan kemajuan negara membabitkan kebajikan melampiaskan rasa hatinya dalam bentuk lukisan satira. Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, antara lukisan berusia lebih 10 tahun yang digemarinya berkaitan sikap birokrasi pentadbiran tanah dan layanan tidak sewajarnya kepada anak…










