Arahan beku cuti polis ditarik semula - Utusan Malaysia

Arahan beku cuti polis ditarik semula

ZAINI JASS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Arahan pembekuan cuti semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditarik semula berkuat kuasa 6 September lalu berdasarkan keperluan penugasan.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass  turut menolak kemungkinan arahan itu dibuat susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diumumkan kerajaan pada 8 September lalu.

“Pada Ogos lalu, semua polis dibekukan cuti. Tujuannya bagi melancarkan dan memudahkan sistem penugasan. Bagaimanapun buat masa ini, arahan itu telah ditarik semula.

“Kita telah keluarkan arahan dulu, kebetulan kerajaan juga melonggarkan beberapa SOP seperti rentas daerah dan sebagainya. Arahan dibuat berdasarkan keperluan tugas,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, cuti semua anggota dan pegawai PDRM dilaporkan dibekukan berkuat kuasa 12 Ogos sehingga diberitahu kemudian.

Zaini dilaporkan berkata, pembekuan cuti itu bagi memastikan setiap anggota dan pegawai bersiap siaga untuk digerakkan bagi operasi kawalan dan pemantauan pada bila-bila masa.

Ini susulan satu surat pekeliling tular dalam media sosial memetik Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengeluarkan arahan cuti dalam negeri, luar negara serta pergerakan luar daerah bagi semua pegawai kanan serta rendah polis dibekukan berkuat kuasa mengikut tarikh surat itu dikeluarkan. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN