BALING: Ditawarkan menyertai gerakan Parti Komunis Malaya ketika berusia 18 tahun, namun bekas Lans Koperal Ooi Thor Keat menolak kerana merasakan ia bukan perjuangan yang betul sebaliknya memilih menyertai Pasukan Polis Hutan (PHH) yang sekarang dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am (PGA). Antara tugas penting beliau sewaktu berkhidmat dengan pasukan polis ialah menjaga bilik rehat Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ketika Rundingan Baling pada Disember 1955. Thor Keat yang…










