fbpx

Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri bakal dikena tindakan? 

Ismail Sabri Yaakob berdepan tindakan disiplim kerana didakwa tidak patuh arahan parti seperti diumumkan Ahmad Zahid Hamidi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal berdepan padah susulan tindakannya didakwa menentang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Timbalan Perdana Menteri itu pada awalnya bersetuju dan akur dengan keputusan parti untuk menarik semula sokongan daripada Perikatan Nasional (PN). 

Bagaimanapun, pada akhirnya, Ismail Sabri dilihat lebih berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin  dengan berdiri bersama Perdana Menteri yang memberi perutusan khas mengenai kedudukannya dan kerajaan pimpinannya semalam.

“Sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas beliau (Ismail Sabri) akan dibuat berpandukan Perlembagaan parti. 

“Saya akan menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin parti untuk menilai keputusan dibuat Ismail ini,” katanya memetik laporan media tempatan hari ini. 

Lembaga Disiplin UMNO diketuai  Tan Sri Zulhasnan Rafique. 

Terdahulu, 11 ahli parlimen UMNO termasuk Ahmad Zahid t mengumumkan menarik sokongan kepada Muhyiddin dan mendakwa kerajaan sudah tumbang akibat kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen. 

Namun pada perutusan khas Perdana Menteri, Muhyiddin menegaskan kerajaan PN dan kedudukan beliau masih kekal.

Muhyiddin menyatakan kesediaannya berdepan usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat, September depan. – UTUSAN

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI