PETALING JAYA: Kerajaan diketuai Perdana Menteri kesembilan akan menjadi kerajaan campuran atau diberi mandat dan kuasa-kuasa tertentu sehingga tarikh negara sesuai mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi merungkai krisis politik negara ini. Ini kerana usaha memilih perdana menteri dengan majoriti kukuh dijangka sukar dan berakhir seperti keruntuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila berlaku penarikan sokongan oleh Ahli Parlimen. Ketika ini tiada parti politik ada majoriti kukuh bagi membentuk kerajaan…










