BERA: Peneroka Felda Triang 1 di sini menggesa pasukan keselamatan mengadakan operasi khas bagi mengesan kewujudan bom lama yang dikhuatiri masih terdapat dalam tanah rancangan tersebut demi keselamatan penduduk pada masa akan datang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Peneroka Felda Triang 1, Mat Jidi Yaakob, 62, berkata, pasukan polis dan tentera perlu menjalankan gerakan mengesan bom lama di kawasan kampung dan ladang yang mungkin masih tertanam dalam tanah di situ.…










