PRN Johor: Muda calonkan Rashifa Aljunied sebagai calon DUN Puteri Wangsa - Utusan Malaysia

PRN Johor: Muda calonkan Rashifa Aljunied sebagai calon DUN Puteri Wangsa

PRESIDEN Muda, Amira Aisya Abd. Aziz (empat kiri) mengangkat tangan calon Muda bagi DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied pada majlis Pengumuman Calon Muda di Taman Daya, Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mempertaruhkan Ketua Pegawai Pejabat Presiden Muda, Rashifa Aljunied, 26, sebagai calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.

Presidennya, Amira Aisya Abd. Aziz berkata, pihaknya yakin Rashifa akan dapat memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat lebih baik berbanding dirinya sekiranya diberikan mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“”Puteri Wangsa merupakan tempat yang istimewa dalam sejarah Muda. Di sini rakyat memberikan kepercayaan kepada Muda dan menghadiahkan kemenangan pilihan raya pertama kepada parti ini.

“Rashifa bukan wajah baharu kepada penduduk Puteri Wangsa, beliau telah memainkan peranan penting di sebalik pelbagai program, inisiatif dan gerak kerja yang dilaksanakan di kawasan ini,” katanya ketika berucap pada majlis memperkenalkan calon di Camelia Event Space, di sini hari ini.

Sementara itu, Rashifa, 26, memberitahu, pihaknya akan memperjuangkan dasar dan polisi yang dapat menaik taraf kesejahteraan dan kehidupan rakyat setempat bagi jangka masa yang.

“Saya tahu kerusi DUN Puteri Wangsa ini kerusi panas yang direbut banyak pihak, saya juga tidak gentar untuk bertanding berapa banyak penjuru sekalipun.

“Sebaliknya saya akan tumpukan kepada usaha mendekati rakyat. Di kerusi DUN ini terdapat seramai lebih daripada 200,000 penduduk dengan lebih 115,000 pengundi, jadi saya berhasrat untuk mewakili mereka.

“Antara isu yang akan saya berikan fokus adalah banjir yang kerap melanda beberapa kawasan di sini walaupun bukan musim tengkujuh dan air pasang,” katanya yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Dalam Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN