PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin terus kekal sebagai Perdana Menteri walaupun UMNO telah menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di samping tekanan daripada blok pembangkang supaya beliau meletakkan jawatan. Walaupun didakwa sudah hilang majoriti namun semalam Muhyiddin menegaskan bahawa beliau masih memiliki sokongan yang cukup untuk kekal sebagai kerajaan dan juga Perdana Menteri. Malah kata Muhyiddin sebarang usaha untuk mencabar keabsahan kedudukan beliau itu perlu dilakukan melalui undi percaya…










