Loveta By Siti Sarah dijual mahal - Utusan Malaysia

Loveta By Siti Sarah dijual mahal

Ada dakwaan pihak-pihak mengambil kesempatan menjual produk Loveta By Siti Sarah dijual dengan harga tidak masuk akal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Baru tiga hari Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia, muncul pula pihak yang menangguk di air keruh dengan mengambil kesempatan menjual semula pakaian muslimah jenama Loveta By Siti Sarah dengan harga yang tinggi dan tidak masuk akal.

Perkara tersebut disahkan Pegawai Perhubungan Awam dan Pemasaran syarikat Rastasya Empire (M) Sdn. Bhd., Rizam Mahyuza Morsit, 42, yang kecewa kerana arwah sebelum ini tidak pernah menjual barangan dengan harga melambung.

“Saya dimaklumkan beberapa pelanggan yang mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab menjual pakaian jenama Loveta di platform perniagaan secara dalam talian.

“Harga jualan pula tidak masuk akal sehingga mencecah RM900 sepasang berbanding kira-kira RM200 yang kami jual selama ini.

“Kami di Loveta, tidak pernah naikkan harga dari dulu lagi dan arwah juga menjalankan perniagaan dengan ikhlas dan niatnya murni. Tak sangka jugalah ada pihak tergamak mengambil kesempatan sebegini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beliau turut meminta peminat atau pembeli yang ingin mendapatkan pakaian Loveta, jenama yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu untuk membeli secara terus dengan ejen sah atau menerusi laman sesawang dan akaun Instagram rasmi Loveta.

“Kami faham, mungkin ada antara pakaian atau tudung yang mereka mahu itu sudah kehabisan stok, tapi kami di ibu pejabat sedang berusaha menambah stok baharu.

“Kami juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana ejen sah yang didapati bertindak begitu atau melanggar kontrak perjanjian dengan syarikat di bawah jenama ini,” katanya.

Sejak mula beroperasi, Siti Sarah tmelantik ibu tirinya, Siti Fatimah Suberi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN