Kabinet baharu diumum pukul 11 pagi esok - Utusan Malaysia

Kabinet baharu diumum pukul 11 pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada pukul 11 pagi esok.

Perkara ini disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.

Ini selepas Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang bagi mempersembah senarai nama anggota Kabinet baharu.

Majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri Persekutuan pula berlangsung pada pukul 2.30 petang, Isnin ini.

Bagaimanapun, liputan pengumuman tersebut hanya melibatkan media rasmi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya