SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu supaya tidak terlalu banyak berpolitik serta merebut kuasa dan kedudukan sehingga melupakan tanggungjawab utama membela nasib rakyat. Baginda tidak dapat menyembunyikan rasa dukacita dan kesal apabila melihat pergolakan, pertelagahan dan ketidaktentuan politik negara pada masa ini. “Nampaknya ahli-ahli Yang Berhormat tidak mahu belajar dari sejarah tentang kejatuhan sesebuah negara akibat perebutan kuasa yang mengakibatkan…










