PETALING JAYA: Pemimpin digesa berhenti bermain politik sebaliknya menumpukan usaha menangani isu Covid-19 dan memulihkan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik yang sudah menjangkau lebih setahun. Rata-rata mereka mahu para pemimpin memahami denyut nadi rakyat yang ketika ini hidup susah dan mengutamakan kebajikan mereka yang bergelut meneruskan kehidupan. Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati, kebanyakan mereka sudah bosan melihat pergolakan politik dan gelagat kalangan pemimpin politik yang tidak berkesudahan. Menurut mereka,…










