Deposit calon pilihan raya naik - Utusan Malaysia

Deposit calon pilihan raya naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 2 Ogos 1974, Utusan Malaysia melaporkan wang deposit calon pilihan raya pada 24 Ogos tahun itu dinaikkan kepada RM1,500 untuk calon Parlimen dan RM750 bagi calon Dewan Undangan Negeri.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ahmad Perang, sebelum ini wang pertaruhan bagi calon Parlimen ialah RM750 dan RM250 bagi calon Dewan Undangan Negeri.

Kenaikan bertujuan memastikan hanya mereka yang benar-benar serius mahu bertanding, bukannya sekadar hendak bertanding.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 2 Ogos 1970
    Kapal pengangkut Malaysia yang pertama “Bunga Raya” dirasmikan pelancarannya oleh isteri Tunku Perdana Menteri, Puan Sharifah Rodziah di Pelabuhan Yokosuka, Jepun.
  • 2 Ogos 1972
    Kerajaan memutuskan mengadakan satu dasar gaji kebangsaan sebagai panduan dalam menimbang perkara berkaitan dengan tangga gaji dan syarat perkhidmatan kakitangannya.
  • 2 Ogos 1984
    Amerika Syarikat menang pingat emas pertama dalam acara gimnastik berpasukan lelaki bagi tempoh 80 tahun selepas menyingkirkan juara dunia, China pada Sukan Olimpik Los Angeles.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya