PETALING JAYA: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan positif dan ditutup lebih tinggi semalam, dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,523.6 mata, melonjak 20.69 mata atau 1.4 peratus daripada 1,502.90 mata, kelmarin. Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 633 berbanding 372. Sementara 418 lagi kaunter diniagakan tidak berubah, manakala 776 kaunter tidak didagangkan. Penganalisis Bank Islam Malaysia Berhad, Adam Mohamed Rahim berkata, bursa tempatan juga telah…










