Siasatan terhadap Azam bermula - Utusan Malaysia

Siasatan terhadap Azam bermula

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah Jawatankuasa Khas Siasatan yang ditubuhkan kerajaan  berhubung isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki telah memulakan beberapa langkah untuk tujuan berkenaan

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Moktar berkata, siasatan mengenai perkara itu telah bermula dan beberapa maklumat mengenainya sedang dikumpul.

“Sebagai langkah permulaan, kami sedang mengumpul maklumat berkaitan kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Mohd. Dusuki dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Siasatan berkenaan.

Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan berkata, jawatankuasa terbabit akan melaksanakan siasatan secara terperinci bagi memberikan pengadilan sewajarnya kepada pihak yang disiasat.

Hasil dan syor siasatan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri dan Pihak Berkuasa Tatatertib untuk pertimbangan lanjut berdasarkan tatacara sewajarnya.

Semalam, Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan penubuhan jawatankuasa berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini sebuah media antarabangsa mendakwa Azam memiliki 17.7 juta saham bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat.

Susulan itu beberapa pihak mendesak supaya kerajaan menggantung tugas Azam susulan pendedahan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN