PETALING JAYA: Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras kerana komplikasi penyakit virus Covid-19. Perkara itu dimaklumkan Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) dalam hantaran Facebook persatuan tersebut semalam. “Adalah dimaklumkan Pengerusi PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah dimasukkan ke ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia kerana komplikasi Covid-19. “Kami memohon…










