PETALING JAYA: Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempersoal kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mendakwa dirinya telah ditipu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Tajuddin berkata, Nazri merupakan senior dalam bidang politik sekali gus adalah mustahil untuk mudah diperdaya Ahmad Zahid. “Macam mana orang cerdik dia boleh tipu? Kan dia orang cerdik, macam mana dia mengaku dia kena tipu?…










