Tabung Prihatin Musibah  Kampung Rawai bantu mangsa kebakaran - Utusan Malaysia

Tabung Prihatin Musibah  Kampung Rawai bantu mangsa kebakaran

MOHD. Fairuz Hamzah (tengah) menerima sumbangan dikumpul daripada warga Kampung Rawai, Marang, Terengganu bagi membantu meringankan beban keluarganya yang kehilangan rumah akibat kebakaran. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Sebagai tanda prihatin, Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Rawai bersama kepemimpinan masyarakatnya melancarkan Tabung Prihatin Musibah untuk disumbangkan kepada keluarga mangsa kebakaran, Mohd. Fairuz Hamzah.

Dalam kejadian pada 6 Julai lepas, tujuh sekeluarga tersebut termasuk bayi berusia 11 hari tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di kampung berkenaan musnah dalam kebakaran dipercayai akibat dipanah petir.

Pengerusi KRT Kampung Rawai, Mat Yusof Mat Ali berkata, sumbangan lebih RM5,000 dikumpul daripada warga kampung itu termasuk yang berada di perantauan.

Katanya, inisiatif itu bagi membantu meringankan beban ditanggung keluarga mangsa yang kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dijilat api dalam kejadian tersebut.

Sumbangan disampaikan Imam Masjid Rawai,  Abdul Wahab Muhamad mewakili seluruh warga desa Rawai.

Yang hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi JK Masjid Rawai, Mohamad Muda;  Pengerusi Badan Ehsan Warga Padang Pak Wan & Rawai (BESTARI), Ngah Bidin dan barisan kepimpinan kampung yang lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN