Namtan Tipnaree wajah baharu BONIA

Namtan Tipnaree wajah baharu BONIA

Namtan Tipnaree kini menjadi wajah baharu BONIA bagi koleksi Autumn Winter 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelakon, penyanyi dan usahawan Thailand, Namtan Tipnaree kini menjadi wajah baharu BONIA bagi koleksi Autumn Winter 2026, sekali gus mencuri perhatian peminat menerusi kemunculan rasmi pertamanya di Malaysia.

Kemunculan Namtan itu bukan sahaja menghidupkan kempen #LiveToMyRhythm, malah diserikan dengan usaha kebajikan apabila BONIA menyumbangkan RM10,000 kepada Shelter Home for Children bagi membantu menyediakan persekitaran selamat, selesa dan penuh kasih sayang kepada kanak-kanak di bawah jagaan pertubuhan berkenaan.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Pegawai Kreatif dan Pemasaran BONIA, Datin Sri Linda Chen kepada Pengurus Besar Shelter Home for Children, Chris Fan dan Ketua Perhubungannya, Winnie Quah, sempena acara #LiveToMyRhythm di House of BONIA, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Penampilan rasmi pertama Namtan di Malaysia itu turut menarik perhatian apabila sekumpulan besar peminat berkumpul di luar butik bagi menyaksikan kelibat bintang kesayangan mereka.

Acara eksklusif berkenaan turut menghimpunkan barisan media, tetamu kehormat serta pemenang peraduan media sosial, selain mendapat perhatian peminat dari rantau Asia Tenggara dan antarabangsa menerusi siaran langsung di media sosial rasmi BONIA.

Bagi BONIA, sumbangan berkenaan mencerminkan komitmen jenama untuk menjadikan setiap acara bukan sekadar meraikan fesyen, tetapi turut memberi kembali kepada masyarakat dan mencipta impak lebih luas.

Winnie berkata, pihaknya amat menghargai sumbangan itu yang membantu Shelter Home for Children meneruskan usaha menyediakan persekitaran selamat dan penuh kasih sayang kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Dalam pada itu, Namtan tampil dalam persalinan khas daripada koleksi Spring Summer 2027 BONIA yang bakal dilancarkan, sekali gus memberi gambaran awal mengenai koleksi baharu jenama berkenaan.

Kemunculan itu menandakan babak terbaharu #BONIAwithNamtan yang memperluaskan konsep #LiveToMyRhythm daripada sekadar kempen fesyen kepada pengalaman yang meraikan ekspresi diri dan hubungan peribadi.

Namtan turut meninggalkan sentuhan peribadinya di House of BONIA menerusi panel logam peringatan yang ditandatangani sendiri olehnya.

Panel berkenaan akan dipamerkan sepanjang hujung minggu aktivasi yang dibuka kepada orang ramai, memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri sebahagian daripada pengalaman acara tersebut.

Antara tarikan utama ialah Namtan’s Picks yang menampilkan pilihan pakaian sedia pakai, barangan kulit, kasut dan aksesori daripada koleksi Autumn Winter 2026 BONIA.

Konsep #LiveToMyRhythm membawa mesej setiap individu mempunyai rentak kehidupan tersendiri dan tidak semestinya perlu mengikut perjalanan orang lain.

Kempen itu turut menggalakkan wanita menghargai setiap fasa kehidupan, termasuk saat berhenti seketika, sambil kekal yakin dengan identiti diri masing-masing.

Linda berkata, Namtan cukup bertepatan dengan semangat kempen kerana mampu menampilkan pelbagai sisi dirinya dengan penuh keyakinan.

Acara itu turut menawarkan pengalaman interaktif menerusi empat personaliti iaitu The Dreamer, The Explorer, The Minimalist dan The Muse.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×