Selangor masih tertinggi catat 3,143 kes - Utusan Malaysia

Selangor masih tertinggi catat 3,143 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 melebihi 7,000 iaitu 7,438 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,271 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 63 kes kematian dicatatkan dengan 917 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 443 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 67,669 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan kes melebihi 3,000 iaitu sebanyak 3,143 diikuti Negeri Sembilan (896), Kuala Lumpur (780), Johor (465), Sarawak (384), Melaka (374), Sabah (364), Pahang (264)

“Baki negeri dan wilayah merekodkan kes di bawah 200 iaitu Pulau Pinang (167),
Kedah (148), Labuan (134), Perak (114), Kelantan (98), Terengganu (78), Putrajaya (26) manakala Perlis hanya tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN