Kenapa Deja Moss pernah rasa nak bunuh diri? - Utusan Malaysia

Kenapa Deja Moss pernah rasa nak bunuh diri?

Deja Moss
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi versatil, Deja Moss, mendedahkan pernah beberapa kali dilanda kemurungan sehingga hampir membunuh diri.

Deja atau nama sebenar Sharifah Hadijah Wan Moss, 47, memberitahu, dia ‘berperang’ dengan masalah tersebut selama hampir lima tahun, antara tahun 2004 hingga 2008.

Katanya, ketika itu dia enggan menceritakan kepada sesiapa kerana khuatir dianggap tidak siuman.

“Saya mengalami depresi sehingga tidak dapat tidur malam dan setiap kali terjaga, saya akan menangis.

“Tambahan pula ketika itu saya sering keseorangan di rumah tanpa sesiapa untuk menemani.

“Terasa hidup tidak lagi berguna dan pernah beberapa kali merancang untuk membunuh diri,” dedahnya kepada Utusan Malaysia.

Ekoran Itu, penyanyi lagu Menepis Rawan ini terpanggil untuk merangkumkan pengalaman hidupnya, termasuk fasa mendepani depresi menerusi sebuah buku berjudul Hidupku Takdirku yang sudah dijual menerusi Instagram dan Facebook therealdejamoss.

“Buku ini mengambil masa setahun untuk dihasilkan. Ia istimewa kerana menjadi coretan peribadi tentang kehidupan, yang mana saya nukilkan sendiri sepenuhnya.

“Di dalamnya saya turut ceritakan bagaimana saya bangkit berdepan masalah depresi dan proses yang saya lalui untuk menamatkannya.

“Saya inginkan yang terbaik untuk pembaca kerana itu saya hasilkannya penuh teliti, dari rekaan kulit, isi sehinggalah percaturan dalaman.

“Inilah buah tangan yang saya tinggalkan untuk peminat sebelum saya berpindah ke Amerika Syarikat nanti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN