"Saya ada hutang yang perlu dilangsaikan, ada keluarga yang perlu ditanggung..." - Shuk Sahar - Utusan Malaysia

“Saya ada hutang yang perlu dilangsaikan, ada keluarga yang perlu ditanggung…” – Shuk Sahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dihimpit dengan pelbagai kontroversi, bekas penyampai radio sensasi, Shuk Sahar tetap optimis dan positif dalam berjuang untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidupnya serta keluarga.

Mengakui pendapatannya terjejas selepas tidak lagi bergelar penyampai radio dan larangan untuk aktiviti seni dijalankan, Shuk tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan.

“Alhamdulillah sihat, walaupun memang terkesan semenjak tiada lagi kerja radio dan langsung tiada shooting sekarang. Setiap hari saya perlu bangun dan kuat untuk berjuang mencari rezeki.

“Saya ada hutang yang perlu dilangsaikan, ada keluarga yang perlu ditanggung makan minum dan tempat tinggal. Saya juga percaya masih ada ramai lagi yang lebih kuat dan hebat dugaannya daripada saya,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Dalam pada itu, suami kepada Rossalennah Natassyiah Asshaferah itu berterima kasih kepada peminat yang terus menyokong perniagaannya, Semooth Cafe yang dianggap sebagai kayu pembakar untuk dia terus berusaha.

“Terima kasih pada semua yang menyokong @semooth.cafe kerana buat masa sekarang cafe inilah yang memberi semangat baru pada saya…

“Walaupun lepas ni mungkin anda dah kurang dapat tengok saya di televisyen, dengan cara saya sendiri sampaikan order anda dari @semooth.cafe . Saya doakan supaya kita semua dapat kembali semula macam dulu-dulu,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya