[VIDEO] Ratusan warga asing didakwa solat sunat Aidiladha - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ratusan warga asing didakwa solat sunat Aidiladha

TANGKAP layar daripada sebuah video yang tular di dalam media sosial yang mendakwa ratusan warga asing mengerjakan solat sunat Aidiladha di kawasan terbuka di Juru, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Ratusan individu dipercayai warga asing didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang di Taman Pelangi, Juru, di sini hari ini.

Dakwaan itu dibuat orang awam yang turut merakam video warga asing berkenaan menunaikan solat sunat Aidiladha sebelum memuat naik ke laman sosial Facebook.

Rakaman dari sebuah kereta itu memaparkan sekumpulan lelaki yang dianggarkan mencecah ratusan orang sedang menunaikan solat di kawasan tempat letak kereta sehingga ke tepi jalan raya.

Menurut pemilik akaun Facebook tersebut, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Mereka dipercayai melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan.

Menurut Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, solat sunat Aidiladha hanya dibenar dilakukan di masjid negeri dan daerah dengan kapasiti 150 orang, masjid kariah (100) serta surau (50). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya