Rafidah: Rakyat mahu pemimpin bertindak, tidak toksik - Utusan Malaysia

Rafidah: Rakyat mahu pemimpin bertindak, tidak toksik

RAFIDAH AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin yang tidak toksik dan tidak hanya memiki­rkan agenda kepenti­ngan sendiri adalah yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Bercakap kepada Utusan M­a­­lay­sia, veteran politik, Tan Sri Dr. Rafidah Aziz berkata, ini ke­rana rakyat hanya melihat ke­berkesanan daripada apa yang dihasilkan pemimpin-pe­mimpin demi kepentingan ma­syarakat dan tidak hanya berpolitik se­ma­ta-mata.

“Politik tidak ada tempat da­lam apa-apa urusan dan keputusan menangani Covid-19 serta kesan-kesan pandemik ke atas rakyat dan negara.

“Jawatan tidak semestinya men­cerminkan kepemimpinan… jauh sekali!

“Rakyat menunggu akan lang­­­kah efektif, berkesan yang tidak dikelabui oleh politik serta ke­pentingan politik. Terutama po­litik yang toksik, yang bercelaru, dan memecah belah,” ka­tanya ketika dihubungi di si­ni, sema­lam.

Beliau mengulas isu-isu semasa dan kemelut politik yang berlaku dalam negara sehingga mengundang banyak pihak bercakap tentang pen­tingnya pemimpin yang ce­­kap da­lam menangani kecelaruan ke­tika negara masih memerangi pandemik Covid-19.

Tambah Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kecelaruan dalam pentadbiran negara sekarang secara jelas membuatkan rakyat jelik dengan kerakusan pemimpin atas yang tidak bersepakat dalam menangani pandemik Covid-19.

Katanya, ia melibatkan kesemua parti politik yang kini cuba menyusun strategi.

Beliau memberitahu, ada yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri dan ada juga yang menjadi pemerhati dalam menyusun langkah menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagi Rafidah, seorang pemimpin perlu mempunyai kualiti kepemimpinan yang berkeupayaan mencari jalan penyelesaian untuk keluar dari kemelut pandemik yang berlaku.

“Dalam apa-apa situasi, seseorang yang ada kualiti, sifat-sifat kepemimpinan akan memahami apa masalah itu. Semua cirinya, sebab akan mengumpulkan pasukan-pasukan yang memahami dan berkeupayaan untuk mencari langkah sesuai dan berkesan untuk menyelesaikan masalah.

“Membincangkan de­ngan semua pihak yang merupakan pemegang taruh dan berkepentingan iaitu yang bersangkut paut, untuk berbincang mendapat maklum balas dan cadangan-cadangan penyelesaian, constructive enga­gement.

“Setiap langkah, dasar, Peraturan-peraturan dibincang tentang kesannya, sama ada efektif dan apa hasilnya dengan analisis mendalam.

“Setiap langkah dan dasar mesti betul tepat dengan jalan penyelesaian masalah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN